logo Digital Penang

Mikro-Perniagaan Kecil Sederhana




SME chart
Source: SMECorp

Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa adalah dua kriteria yang digunakan bagi menentukan definisi dengan menggunakan asas “ATAU” seperti berikut:

Bagi sektor pembuatan, Mikro-PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 5 orang.

Bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain, definisi Mikro-PKS adalah sama dengan sektor pembuatan.

Bantuan Yang Kami Tawarkan



Kelas Go Digital Mikro-PKS

Kelas PERCUMA untuk memperkenalkan E-Dagang kepada pengusaha mikro dan kecil. Pelbagai topik diajar termasuk “Apakah itu E-Dagang”, “Pilih platform E-Dagang yang sesuai untuk perniagaan anda” dan “Cara-cara menggunakan pelbagai platform E-Dagang”. Kelas dalam pelbagai bahasa.

Daftar untuk mana-mana kelas yang telah dijadualkan.

Sambungan Talian Internet dan Pemasaran Digital

Dapatkan perkhidmatan internet DIGI dengan diskaun sebanyak 30%, termasuk produk Digital Marketing atau Digital Productivity secara PERCUMA melalui geran PENJANA. Tambahan nilai RM50 TnG kepada PKS yang berdaftar untuk 3 talian melalui Penang SME Go Digital Campaign. Proses pendaftaran PENJANA dilakukan oleh pihak DIGI untuk kesenangan PKS.

Daftarkan minat anda di bahagian “Get in touch with us”. Taip “(Digital Penang)” di tepi nama syarikat apabila mendaftar. Contoh: Nyonya Foods (Digital Penang). Anda akan dihubungi oleh wakil perkhidmatan Digi untuk maklumat lanjut.

Promo Code: Penjana (Digital Penang)

Muat Turun Brosur
Servis Onboarding

Perkhidmatan “onboarding” PERCUMA oleh Digital Penang untuk membantu PKS “onboard” kepada pelbagai aplikasi E-Dagang. Perkhidmatan terhad kepada 50 PKS pertama.

Daftar minat anda. Anda akan dihubungi oleh wakil Digital Penang sekiranya berjaya mendapatkan perkhidmatan ini.

SiteGiant B2C Marketplace

Daftar dengan SiteGiant dan dapatkan diskaun 30% melalui Kempen Penang SME Go Digital. Anda boleh menguruskan senarai produk, pesanan, inventori dan melengkapkan pesanan melalui pelbagai saluran seperti pusat membeli-belah dalam talian, media sosial, laman web e-dagang, Facebook dan banyak lagi dengan mudah. Semuanya melalui satu platform iaitu SiteGiant.

Gunakana promo kod PENANGSME2021 apabila mendaftar dengan SiteGiant.

Muat Turun Brosur
Penyelesaian Digital

Gunakan peruntukan geran PENJANA sebanyak RM5,000 apabila melanggang perkhidmatan Penyedia Penyelesaian Teknologi di Pulau Pinang. 7 bidang digitalisasi yang dirangkumi: Sistem Sumber Manusia, Sistem Perolehan, Sistem perakaunan dan pencukaian, Sistem ‘Electronic Point of Sales’ (e-POS), E-Dagang, Pemasaran Digital dan Kerja Jarak Jauh.

Hubungi mana-mana Penyedia Penyelesaian Teknologi yang disenaraikan untuk maklumat lajut.



logo
logo
logo
logo
logo
logo
logo
logo
logo
logo