Penang SME Go Digital
Kempen Penang SME Go Digital merangkumi pelbagai komponen produk dan perkhidmatan yang menyeluruh bagi menyokong semua jenis PKS – mikro, kecil, sederhana dan besar – di Pulau Pinang untuk menjual secara digital.
Kempen direka sebagai satu perjalanan untuk PKS bermula dari LEARN, kemudian EQUIP dan akhirnya EXPERIENCE. Pelbagai tawaran istimewa oleh rakan strategik khas untuk kempen ini. Daftar sekarang!
Apakah Mikro-PKS?
Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa adalah dua kriteria yang digunakan bagi menentukan definisi dengan menggunakan asas “ATAU” seperti berikut:
Bagi sektor pembuatan, Mikro-PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 5 orang.
Bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain, definisi Mikro-PKS adalah sama dengan sektor pembuatan.
Apakah PKS?
Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa adalah dua kriteria yang digunakan bagi menentukan definisi dengan menggunakan asas “ATAU” seperti berikut:
Bagi sektor pembuatan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.
Bagi sektor perkhidmatan dan sektor lain, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.